Menu
Kebebasan Bersuara di Malaysia Penerangan Kes Mengenai Hak Kebebasan BersuaraKes mengenai kebebasan bersuara jelas nampak dalam Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor[16], kes ini merupakan kes yang berkaitan dengan kebebasan bersuara seorang ahli Parlimen yang didakwa menjadi suatu fitnah. Plaintif telah mendakwa bahawa defendan satu dan defendant kedua telah mengatakan sesuatu yang tidak benar iaitu mereka berpendapat bahawa plaintiff melakukan rasuah. Plaintif ingin menuntut ganti rugi daripada kedua-dua defendant atas sebab fitnah yang dituduhkan terhadapnya telah menjejaskan nama baiknya.
Fitnah berkenaan perlakuan rasuah plaintif telah dibangkitkan oleh defendan pertama yang merupakan seorang ahli Parlimen. Dia telah mengulangkan apa-apa pendapat yang dikeluarkannya dalam Dewan Parlimen semasa bermesyuarat di “Chinese Assembly Hall”. Dia juga menghantarkan kenyataan yang mengandungi fitnah tersebut kepada wakil pihak surat khabar. Selain tu, pada masa yang sama, defendan kedua telah menghantarkan suatu kenyataan yang mengandungi fitnah berkaitan rasuah kepada orang yang menyertai mesyuarat itu.
Dalam kes ini, defendan pertama menentang dakwaan plaintif dengan mengatakan dia merupakan seorang ahli Parlimen yang dilindungi oleh keistimewaan Parlimen. Tambahan pula, kedua-dua defendant juga menafikan dakwaan plaintif dengan pembelaan justifikasi.
Mahkamah telah memutuskan kes ini dengan tidak membenarkan defendan pertama merujukkan pembelaannya kepada keistimewaan Parlimen manakala pembelaan secara justifikasi adalah dibenarkan. Kita mesti tahu keistimewaan Parlimen tidak melindungi seseorang ahli Parlimen daripada disabit kesalahan apabila dia mengatakan sesuatu tanpa bukti dan juga sesuatu yang sensitif di luar Dewan Parlimen. Perlindungan tersebut hanya memberi keistimewaan kepada ahli Parlimen apabila mereka berunding dalam Dewan Parlimen dengan syarat mereka masih tertakluk kepada Akta Hasutan 1948. Tambahan pula, mahkamah dengan mengambil kira bukti-bukti dalam kes ini secara keseluruhan, pembelaan justifikasi kedua-dua defendan dibenarkan.
Kes Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor[17] juga membincangkan isu kebebasan bersuara. Perayu merupakan seorang peguam pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah dituduh melakukan empat kesalahan amalan rasuah di bawah Ordinan Darurat No 22 tahun 1970. Dalam perbicaraan, peguam perayu telah memohon menghilangkan kelayakan dua orang pendakwa raya berdasarkan satu deklarasi statutory. Permohonan tersebut disokong oleh satu affidavit. Permohonan tersebut dan affidavit telah difailkan oleh firma perayu. Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa permohonan tersebut adalah tidak berasas. Beliau mencadangkan menyaman perayu atas sebab penghinaan mahkamah. Hakim menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas perayu. Penghinaan mahkamah juga merupakan salah satu sekatan terhadap kebebasan bersuara atau berpendapat. Hal ini demikian kita tidak dapat mengeluarkan apa-apa buah fikiran dalam mahkamah tanpa memikir tentang kesannya. Kadang-kala, keputusan hakim dan kelakuan yang Arif tidak boleh dicabar dan dikritik secara terus dalam mahkamah. Jika kita berbuat demikian, kita akan dianggap tidak menghormati mahkamah dan akan disabitkan dengan kesalahan penghinaan mahkamah. Oleh itu, kebebasan kita dalam memberi komen terhadap keputusan atau perkara yang berlaku dalam mahkamah telah disekat. Tambahan pula, terdapat juga situasi yang menyekat kita daripada menyebarkan maklumat yang terdapat dalam mahkamah bagi pengetahuan khalayak umum.
Secara pendeknya, kebebasan untuk bersuara dalam memberi pendapat atau informasi yang diperuntukkan dalam perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan telah dibatasi oleh perkara 126 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa mahkamah dalam menyabitkan kesalahan penghinaan mahkamah terhadap orang yang dianggap telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara.
Dalam kes Arumugam a/l Kalimuthu v Menteri Keselamatan Dalam Negeri & Ors[18] pula, ia mengenai dengan semakan kehakiman terhadap pengharaman buku dalam Bahasa Tamil menerusi suatu perintah berikutan seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Perintah tersebut ditnadatangani oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dengan alasan buku tersebut berpotensi menjejaskan ketenteraman awam. Pemohon merupakan penulis buku tersebut telah memohon suatu perintah perisytiharan bahawa perintah tersebut menyalahi undang-undang, batal dan tak sah. Suatu perintah certiorari perlu diperolehi untuk membatalkan atau mengetepikan perintah tersebut. Pemohon juga menuntut ganti rugi terhadap perkara ini.
Pemohon juga berhujah bahawa perintah yang ditandatangani atas nama Menteri Keselamatan Dalam Negeri adalah salah di sisi undang-undang kerana kuasa yang diberikan oleh seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah khusus untuk Menteri. Oleh itu, kuasa ini tidak boleh dilaksanakan oleh Timbalan Menteri. Selain itu, pemohon juga berhujah bahawa terdapat pelanggaran kepada peraturan keadilan semula jadi. Pada masa yang sama, pemohon juga mengatakan bahawa perintah Menteri tersebut adalah tidak wajar kerana kebebasan bersuara seperti yang dijamin perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dihadkan
Dalam kes ini, mahkamah telah memutuskan bahawa timbalan-timbalan menteri mesti membantu menteri-menteri dalam pelaksanaan tugas dan kuasa mereka. Selain itu, di bawah Akta Tugas-Tugas Menteri 1969, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri jelas diberi kuasa untuk melakukan, bertindak dan menjalankan kuasa-kuasa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Di samping itu, buku tersebut bercerita tentang kekacauan perkauman di Kampung Medan. Hal ini merupakan isu ketenteraman awam dan keselamatan negeri. Oleh itu, terdapat fakta-fakta tersedia yang membolehkan Timbalan Menteri memutuskan buku tersebut akan menjejaskan ketenteraman awam serta mengharamkan penerbitannya. Tambahan pula, perintah pengharaman buku tersebut merupakan satu pembatasan yang wajar terhadap kebebasan asasi yang diperuntukan bawah perkara 10. Hal ini demikian kebebasan mutlak tidak dijaminkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sekatan-sekatan adalah perlu untuk menjamin keharmonian kehidupan dalam masyarakat demokrasi. Jadi, pengharaman tersebut adalah berkadaran bagi mencapai tujuan yang munasabah.
Kesimpulannya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan salah satu sekatan terhadap kebebasan bersuara yang diperuntukan dalam perkara 10(1a). Akta ini mengehadkan seseorang mengeluarkan pandangan mereka sesuka hati dalam buku, akbar atau majalah. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sesuatu pendapat sensitif yang boleh menyebabkan berlakunya kekecohan dalam masyarakat.
Undang-undang yang Menyekatkan Hak Bersuara | Penerangan |
---|---|
Akta Hasutan 1948 |
|
Akta Rahsia Rasmi 1972 |
|
Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 |
|
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 |
|
Menu
Kebebasan Bersuara di Malaysia Penerangan Kes Mengenai Hak Kebebasan BersuaraBerkaitan
Kebebasan Kebebasan beragama di Malaysia Kebebasan bersuara Kebebasan bersuara di Malaysia Kebebasan berpersatuan Kebebasan media di Malaysia Kebebasan berpersatuan di Malaysia Kebebasan Keemasan Kebebasan panorama Kebebasan mediaRujukan
WikiPedia: Kebebasan Bersuara di Malaysia